Wednesday, May 11, 2011

TeBBIH - BUKIT DATOK



















ORANG TERTUA DI KAMPUNG(94TAHUN), TAHU SEJARAH BUKIT DATOK.

AKTIVITI TeBBIH TELAH JALANKAN

SUKANEKA PERSATUAN


BERLATAR BELAKANGKAN ISTANA LAMA







URUT BADAN TRADISIONAL

PETA PERJALANAN KE TeBBIH



SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 013 2914092 - HAJI NORSHAM

Monday, May 9, 2011

SARAPAN PAGI TeBBIH - JUADAH TRADISI

PULUT DENGAN SAMBAL TUMIS / SERUNDING KELAPA


SARAPAN TRADISI ORANG KAMPUNG

ROPI CECUPAK SEDANG BERSARAPAN BERSAMA ORANG KAMPUNG

TERATAK BERKAT BAENAH ISA HOMESTAY


PERSATUAN WARIS HAJI MOHD JANOR
47 KAMPUNG MERTANG,GUNUNG PASIR,
71550 BANDAR DIRAJA SRI MENANTI. NEGRI SEMBILAN. D K.
Email : pengerusi.pwhmj3@yahoo.com
facebook : persatuan warishajimohdjanor


TERATAK BERKAT BAENAH ISA HOMESTAY ( TeBBIH )
(HOMESTAY KEMBARA KENANGAN)


Alamat
47 Kampung Mertang,
Gunung Pasir,
71550 Seri Menanti.N Sembilan.
Tel no : 013 2914092
Email : pengerusi.pwhmj3@yahoo.com


“pastikan TeBBIH mencipta satu lagi koleksi kenangan indah”


PENGENALAN


Sebuah rumah peninggalan Bonda tersayang dimana kami sekeluarga dibesarkan dan melalui pengalaman pelbagai rencah kehidupan. Kami hidupkan kembali suasana rumah ini setelah hampir tiga tahun terbiar sepi. Matlamat kami supaya anak-cucu kami akan sentiasa dapat merasai suasana kampung dimana mereka dibesarkan dalam kehidupan rumah moden. Disamping itu kami juga ingin berkongsi pengalaman dengan mereka yang ingin merasai suasana kampung.


KONSEP TeBBIH


Berkonsepkan kembara dimana pengunjung bukan saja datang untuk menikmati keselesaan dan keindahan pada rumah penginapan tetapi pengunjung akan dihidangkan dengan aktiviti kehidupan masyarakat disekitar TeBBIH. Sebab itu TeBBIH dikenali sebagai Homestay Kembara Kenangan, pengujung akan dibawa mengembara untuk menyelami kehidupan masyarakat dari perkerjaan, pergaulan,permainan kampung, masakan kampung, adat dan disamping melawat tempat2 yang bersejarah. Pengunjung akan membawa pulang pengalaman diTeBBIH untuk menambah lagi satu koleksi kenangan peribadi.


LOKASI TeBBIH


3km dari Bandar Diraja Seri Menanti.
20 minit perjalanan ke pekan Kuala Pilah.
20 minit perjalanan bandar Seremban (ikut jalan baru)
35 minit perjalanan bandar Seremban ( ikut jalan Bukit Putus)
Dari utara ikut PLUS menyusur Senawang arah ke Kuala Pilah.
Bolih juga ikut LEKAS menuju arah ke Kuala Pilah.
Dari selatan ikut PLUS transit pekan Tampin menuju ke Senaling.
Dari timur melalui jalan menghubungi pekan Bahau ke Kuala Pilah.
Jika menaiki kenderaan awam semua akan transit di Kuala Pilah.
Dari Kuala Pilah pengunjung akan menaiki teksi atau hubungi terus TeBBIH.
Jika menaiki kenderaan sendiri, pengunjung akan masuk simpang menuju ke Bandar Diraja Seri Menanti dan seterusnya ke TeBBIH.
Sila rujuk kepada pelan yang dilampirkan.


“pastikan TeBBIH mencipta satu lagi koleksi kenangan indah”


KEMUDAHAN


Kemudahan asas yang telah sediada Klinik Kesihatan Kecil , Masjid dan jalan2 yang menghubungi setiap kampung.Kedai-kedai makan (untuk sarapan, makan tengahari dan malam) dan runcit.


APA YANG MENARIK SEKITAR TeBBIH


Berdekatan dengan Istana Lama Seri Menanti salah satu tempat yang mesti dilawati pada setiap pengunjung yang datang ke Negri Sembilan.
TeBBIH terletak ditengah-tengah kawasan pelancung N Sembilan seperti Dataran Budaya, Teratak ZABA, dan Ulu Bendul.
Dulu adalah kawasan sawah padi, tetapi disebabkan pembangunan yang tidak sekata menjadikan kawasan ini terbiar. Sekarang telah pun dimajukan oleh penduduk tempatan dengan kolam2 ikan, udang, penternakan kambing dan lembu dan kawasan pertanian dengan penanaman pisang, nangka madu dan sebagainya.pengunjung berpeluang untuk melawat jika berkesempatan.
Pasarana kekampungan yang menarik dengan sungai yang jernih. Jika dulu orang kampung meredah/menyusuri sungai mencari ikan, rebung dan sayuran hutan disekitar tebing sungai, pengunjung juga bolih merasai pengalaman tersebut. Kebun-kebun getah yang masih ditoreh, menggunakan perigi sebagai air mandi dan minum, semuanya bolih dikongsi bersama TeBBIH.
Dikampung juga ada kawasan perkelahan, dimana suatu masa dulu upacara Mandi Safar orang kampung berkumpul ditempat perkelahan.
Dikampung ini ada satu tempat lagenda Bukit Datok, tempat orang kampung pinjam pinggan dari orang Bunian, meriam batu mengeluarkan bunyi dan lesung batu gergasi.Suatu ketika dulu, bila orang kampung hendak mula turun kesawah mereka berkumpul disini dengan setiap keluarga membawa makanan untuk berdo’a memohon supaya mendapat hasil padi yang baik dan selepas selesai mereka makan beramai-ramai.
Adat masih lagi kuat digunapakai. Upacara ”Menjala Buang Sial” untuk kanak2 usia 3tahun – 6tahun satu masa dulu menjadi amalan penduduk disini. Banyak lagi yang perlu diketahui tentang kebudayaan disini.
Pekerjaan turun menurun membuat gula enau atau gula kabung amat menarik untuk dilawati kerana ia menggabungkan unsur lama dan moden.
Jika pengunjung datang kesini mungkin dapat mendengar lebih banyak lagi cerita yang menarik. Sesuai pelajar-pelajar dan peminat sejarah.
Selamat datang ke Teratak Berkat Baenah Isa Homestay.


“pastikan TeBBIH mencipta satu lagi koleksi kenangan indah”


PERMAINAN TRADISI,


Walaupun anak-anak telah melalui budaya permainan moden, tetapi disini permainan tradisional masih lagi mereka mainkan seperti;
Galah-acar, Ketengteng, Kunda-kundi, Polis-senteri dan congkak. Dam haji menjadi permainan disetiap kedai kopi dikampung kebanyakan dari mereka yang telah berumur. Pengunjung yang berbakat boleh mencuba menandingi kepintaran otai-otai kampung.


JUADAH KEBIASAAN,


Sarapan pagi utama adalah pulut bersama sambal tumis dan kelapa goreng.
Gulai makan tengahari dan malam selalunya masak lomak cili api.
Pengunjung akan menyediakan sendiri sarapan, makan tengahari dan malam dengan memasak masakan kampung atas tunjuk ajar dari penganjur.


KEGIATAN KEBUDAYAAN ORANG KAMPUNG


Satu masa dulu dikampung ini selalu mengadakan majlis keagamaan seperti Berdah (setiap minggu bergilir-gilir rumah). Berzanji, Beridoi, Qurban, Akikah dan khatam Qur’an, kini generasi penyambung telah berusaha untuk meneruskan agenda turun menurun ini.
Kebudayaan seni seperti Bongai dan Endang banyak dijalankan pada peringkat negeri kerana ia memerlukan tunjuk ajar dari bidang kesenian. Kami akan cuba dapatkan atau membawa pengunjung ketempat tersebut jika ada persembahan.
Seni mempertahankan diri masih lagi menjadi agenda penduduk disini, sebagai salah satu cara untuk menjauhkan anak-anak remaja dari terlibat kegiatan tidak berfaedah.
Urut tradisional menjadi pekerjaan turun menurun. Urut seluruh badan bayaran hanya RM45 sahaja. Terdapat untuk lelaki dan wanita.


Talian panggilan mudahalih di TeBBIH


Celcom, Digi dan Maxis


“pastikan TeBBIH mencipta satu lagi koleksi kenangan indah”

---------------------------------------------------------------------------------------
PAKEJ TeBBIH YANG DISEDIAKAN

(MINIMA SATU KUMPULAN SERAMAI 10 ORANG)

---------------------------------------------------------------------------------------


PAKEJ SATU MALAM

( RM60 SEORANG- KANAK2 BAWAH 12 TAHUN SETENGAH HARGA)
MENDAFTAR SELEPAS PUKUL 12 TENGAHARI


AKTIVITI SEBELAH MALAM SAHAJA DAN PAKEJ PILIHAN


PAKEJ - A
MENYULUH / MENANGKAP / MEMANCING IKAN DENGAN MENYUSUR SUNGAI (TANGGAIR)


PAKEJ - B
MELAWAT DAN MENYAKSIKAN CARA2 MEMPROSES GULA ENAU(KABONG) DARI MULA


----------------------------------------------------------------------------------------


PAKEJ DUA MALAM

(RM150 SEORANG- KANAK2 BAWAH 12 TAHUN SETENGAH HARGA)
MENDAFTAR SELEPAS PUKUL 12 TENGAHARI


AKTIVITI MALAM PERTAMA


MENYULUH / MENANGKAP / MEMANCING IKAN DENGAN MENYUSUR SUNGAI (TANGGAIR)


AKTIVITI HARI PERTAMA
PAKEJ PILIHAN


PAKEJ - A
LAWATAN DALAMAN
MERONDA SEKELILING KAMPUNG, MENDAKI BUKIT DATUK, MENCARI SAYURAN HUTAN, MELAWAT KEBUN GETAH DAN MANDI DIKAWASAN PERKELAHAN


PAKEJ - B
LAWATAN LUAR
MELAWAT TEMPAT BERSEJARAH DI SEKITAR SRI MENANTI (ISTANA LAMA), RONDA2 DISEKITAR PEKAN KUALA PILAH,MELAWAT KILANG BATIK, SEMESTINYA MAKAN ROJAK APAM BALIK DAN CENDUL KUALA PILAH.MEMANCING UDANG DAN BERKELAH DI ULU BENDUL

AKTIVITI MALAM KE-2
MELAWAT DAN MENYAKSIKAN CARA2 MEMPROSES GULA ENAU(KABONG) DARI MULA.


“pastikan TeBBIH mencipta satu lagi koleksi kenangan indah”


-----------------------------------------------------------------------------------------


PAKEJ DUA HARI

(RM150 SEORANG-- KANAK2 BAWAH 12 TAHUN SETENGAH HARGA)
PENDAFTARAN SEBELAH PETANG
MALAM ADALAH ACARA BEBAS


PENGUNJUNG BOLIH MENIKMATI PENGALAMAN MANDI AIR PERIGI YANG TERDAPAT DALAM RUMAH.


AKTIVITI HARI PERTAMA
LAWATAN DALAMAN
MERONDA SEKELILING KAMPUNG, MENDAKI BUKIT DATUK, MENCARI SAYURAN HUTAN, MELAWAT KEBUN GETAH DAN MANDI DIKAWASAN PERKELAHAN


AKTIVITI MALAM PERTAMA

PAKEJ PILIHAN


PAKEJ - A
MENYULUH / MENANGKAP / MEMANCING IKAN DENGAN MENYUSUR SUNGAI (TANGGAIR)


PAKEJ - B
MELAWAT DAN MENYAKSIKAN CARA2 MEMPROSES GULA ENAU(KABONG) DARI MULA


AKTIVITI HARI KEDUA
LAWATAN LUAR
MELAWAT TEMPAT BERSEJARAH DI SEKITAR SRI MENANTI (ISTANA LAMA), RONDA2 DISEKITAR PEKAN KUALA PILAH,MELAWAT KILANG BATIK, SEMESTINYA MAKAN ROJAK APAM BALIK DAN CENDUL KUALA PILAH.MEMANCING UDANG DAN BERKELAH DI ULU BENDUL


----------------------------------------------------------------------------

PENERANGAN TeBBIH


SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MALAM AKAN MASAK OLEH PENGUNJUNG. MEREKA AKAN MEMASAK SAYUR2 YANG DIKUTIP SEMASA LAWATAN DENGAN MASAKAN NEGRI SEMBILAN ATAU MASAKAN YANG KEBIASAAN ORANG KAMPUNG.
DISEBELAH PETANG TAKLIMAT AKAN DIBERI KEPADA PENGUNJUNG SAMBIL
BERSANTAI MINUM PETANG SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIKEMUKAKAN.
KASUT KESELAMATAN, PAKAIAN BASAHAN TIDAK DISEDIAKAN.
AKTIVITI YANG DILUAR PAKEJ BOLEH DI JALANKAN DENGAN KEBENARAN PENGANJUR, KEMUNGKINAN AKAN DIKENAKAN BAYARAN TAMBAH. SEMUA PERBELANJAAN ATAS TANGGUNGAN SENDIRI.
PERMAINAN TRADISIONAL AKAN MELIBATKAN KANAK2 KAMPUNG.JIKA INGINKAN PERMAINAN DIJALANKAN SILA BERITAHU SEAWAL MUNGKIN.
BEGTU JUGA JIKA INGINKAN PERKHIDMATAN URUT TRADISIONAL.
PENGUNJUNG DIGALAKAN MENYEDIAKAN MAKANAN DARI PENGINAP UNTUK DIBAWA SEMASA LAWATAN LUARAN KERANA PENGUNJUNG AKAN MAKAN SECARA BERKELAH DITEMPAT YANG SESUAI DALAM PERJALANAN NANTI.
BAYARAN CEK HENDAKLAH ATAS NAMA ” CAHAYA MATAHARI ENTERPRISE ”
PEHAK PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAP ATAS SEGALA KECEDERAAN ATAU KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA MENGIKUTI PROGRAM TeBBIH.
JIKA PENGUNJUNG INGINKAN PERLINDUNGAN INSURAN SILA NYATAKAN SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN. BAYARAN MINIMA ADALAH RM3 SEORANG.( TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK JANGKA PENDEK)


“pastikan TeBBIH mencipta satu lagi koleksi kenangan indah”


HARGA PAKEJ TANPA AKTIVITI


TeBBIH JUGA MENYEDIAKAN PAKEJ PENGINAPAN TANPA AKTIVITI. KEBANYAKAN MEREKA YANG INGIN MENGADAKAN HARI KELUARGA.
BAGI PENGUNJUNG KURANG 10 ORANG HARGA RM25 SEORANG
PENGUNJUNG BERKUMPULAN MELEBIHI 10 ORANG – HARGA RM20 SEORANG.
SEGALA PERALATAN SEPERTI PINGGAN MANGKOK DAN PERALATAN MEMASAK BOLEH DIGUNAKAN DENGAN BAYARAN SEWA RM50 DAN DEPOSIT RM100 (AKAN DIKEMBALIKAN SEPENUHNYA JIKA TIADA KEROSAKAN PADA PERALATAN YANG DIGUNAKAN)
JIKA PENGUNJUNG INGIN MENGADAKAN ACARA-ACARA UNTUK KELUARGA ATAU KUMPULAN HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU MEMBERITAHU SEMINGGU SEBELUM MENGINAP UNTUK PENGANJUR MENGHUBUNGI PEHAK YANG BERKENAAN.SEGALA BAYARAN DITANGGUNG OLEH PEHAK PENGUNJUNG.
JIKA BAYARAN MELALUI CEK HENDAKLAH ATAS NAMA ” CAHAYA MATAHARI ENTERPRISE ”
PEHAK PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAP ATAS SEGALA KECEDERAAN ATAU KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA MENGIKUTI PROGRAM TeBBIH.
JIKA PENGUNJUNG INGINKAN PERLINDUNGAN INSURAN SILA NYATAKAN SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN. BAYARAN MINIMA ADALAH RM3 SEORANG.( TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK JANGKA PENDEK)
TeBBIH JUGA MENGANJURKAN MAJLIS QURBAN DENGAN CARA BAYARAN ANSURAN MUDAH.- (SILA RUJUK BORANG YANG DILAMPIRKAN)

“pastikan TeBBIH mencipta satu lagi koleksi kenangan indah”